FALSAFAH DEONTOLOGI
Istilah deontologi berasal
dari perkataan Yunani ‘deon’ yang membawa maksud tugas atau kewajipan (duty).
Falsafiah Deontologi memberikan focus kepada insan sebagai individu dalam
melakukan sesuatu yang dirasakannya baik dari segi moral. Ianya memberikan hak
kepada individu untuk melakukan sesuatu yang dirasakannya baik dan bermoral
tanpa dikaitkan dengan kesan daripada tindakan itu. Penilaian akan dibuat dengan mengukur sejauh
mana tindakan tersebut memenuhi prinsip-prinsip moral. Falsafah ini mempunyai
pandangan bahawa terdapat perkara-perkara yang kita tidak boleh lakukan
walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Sebagai contoh penindasan
terhadap seseorang tidak boleh dilakukan kerana ianya bertentangan dengan
hak-hak yang dimiliki oleh setiap individu walaupun tindakan tersebut akan
membawa kebaikan kepada masyarakat.
Seorang ahli falsafah
British iaitu W.D Ross telah menyenaraikan tujuh peraturan berkenaan kewajipan
manusia iaitu :
a)
Kesetiaan – berpegang kepada janji
dan bercakap benar
b)
Penggantian ( ganti rugi ) – memberi pampas an kepada
individu yang tercedera akibat tindakan salah kita
c)
Rasa syukur – membalas pertolongan
yang telah diberikan kepada kita
d)
Keadilan – memastikan barangan
dibahagikan kepada orang lain mengikut jumlah yang patut diterima olehnya.
e)
Beneficence – melakukan apa saja yang
mampu untuk membaiki keadaan insane lain
f)
Pembaikan diri – memperbaiki keadaan diri
sendiri berkaitan dengan nilai dan kebijaksanaan
g)
Nonmaleficence – mengelakkan kecederaan
insane lain
Teori Nilai-nilai Murni ( Virtue Ethics )
Secara umumnya nilai-nilai
murni adalah kesemua sifat yang harus dimiliki setiap insane untuk mendapat
kehidupan yang baik dan sempurna. Aristotle menggambarkan nilai-nilai murni
sebagai sifat atau perangai manusia diperlihatkan melalui tindakan-tindakan
yang telah menjadi kebiasaan kepada dirinya. Menurut beliau, kita tidak boleh
mengatakan seseorang bersifat jujur apabila beliau bercakap benar untuk tempoh
sekali sahaja tetapi individu yang juur adalah yang sentiasa bercakap benar
apabila berhadapan dengan situasi-situasi serupa. Aristotle berpendapat bahawa
nilai-nilai murni adalah berkait rapat dengan apa yang dipanggil practical wisdom iaitu kesemua apa yang
diperlukan oleh setiap orang untuk hidup dalam keadaan yang sempurna. ( As a
whole of what a person needs in order live well ). Antaranya ialah kejujuran,
sopan santun, mesra, setia, bertimbang rasa dan menjaga kebajikan diri dan
orang lain. Aristotle juga menyenaraikan keadilan sebagai nilai-nilai murni
yang harus ada dalam diri setiap insan.
Dalam konteks perniagaan,
setiap tindakan ataupun keputusan yang diambil harus berdasarkan nilai-nilai
luhur yang sedia ada pada anggota masyarakat seperti amanah, jujur, bertimbang
rasa dan adil. Robert C.Solomon menerusi buku beliau yang bertajuk Ethics and Excellent, mengatakan bahawa
matlamat sesebuah firma perniagaan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan
kekayaan. Beliau menggambarkan perniagaan sebagai sebahagian daripada kehidupan
yang baik, hormat-menghormati, menjalinkan hubungan yang harmoni dan sesuatu
yang dibanggakan oleh semua orang. Setiap individu adalah ahli dalam masyarakat
dan perniagaan adalah aktiviti penting yang dikongsi bersama di mana setiap
orang bekerjasama untuk mencapai kebaikan yang serupa.
Teori Keadilan Agihan ( Distributive Justice
)
Teori klasik keadilan
menekan kepada pengagihan yang saksama faedah dan bebanan. Menurut Aristotle
setiap manusia bersetuju bahawa keadilan adalah hak sama rata. Beliau
menerangkan konsep keadilan ini melalui pengiraan arithmatik. Sebagai contoh,
kita mengandaikan bahawa terdapat dua orang individu iaitu A dan B.
kedua-duanya mempunyai perkongsian yang sama rata barangan P. Manakala factor
pemboleh ubah ialah Q. Oleh itu perbezaan upah antara kedua-duanya
dijustifikasikan oleh factor pemboleh ubah Q. Dimana perbezaan P antara
individu A dan B ditentukan oleh factor seperti masa bekerja ataupun
produktiviti (Q).
Ianya dapat dirumuskan
seperti berikut :
A (P) : A (Q)
B (P) : B (Q)
Berdasarkan kepada konsep
yang diperkenalkan oleh Aristotle maka teori yang lebih moden dan sesuai telah
dikemukakan oleh seorang ahli falsafah kontemporari berbangsa Amerika iaitu
John Rawls. Menurut Rawis tindakan atau keputusan yang membawa kepada
pengagihan yang saksama terhadap barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Teori ini menolak konsep utilitarian di mana ianya tidak menekankan faktor
perbezaan antara individu. Rawls telah memperkenalkan konsep bargaining game di mana individu bebas
mencadangkan sesuatu dan menolak cadangan orang sehinggalah satu persepakatan
dicapai.
Walaupun teori yang
dikemukakan oleh Rawls agak rumit namun secara umumnya ianya adalah satu konsep
yang bermotifkan kepada matlamat memberi akses atau peluang yang paling
munasabah kepada semua unuk menikmati sesuatu faedah. Agihan yang adil bukanlah
bererti pembahagian yang sama rata terhadap peluang mahupun faedah kepada orang
tetapi mengagihkannya secara munasabah supaya semua mendapat kebaikan bersama.
0 comments:
Post a Comment