Moral atau akhlak bererti ajaran tentang baik dan buruk, mana yang boleh dan tidak boleh, mana yang pantas dan tidak layak. Biasanya kita mendapat ajaran moral daripada orang tua, guru agama, atau orang-orang yang kita anggap [atau menganggap diri mereka sendiri] memiliki kelebihan daripada kita. Sedangkan ajaran-ajaran moral tersebut biasanya bersumber dari ajaran agama, adat-istiadat, kitab-kitab, serta kepercayaan dan keyakinan yang dianuti.
Namun benarkah jika kita melakukan sebagaimana yang dianjurkan oleh orang tua atau guru agama lantas membuat kita menjadi orang yang bermoral? Benarkah rajin beribadah, suka membantu mereka yang lemah, mematuhi peraturan yang ada, membuat kita menjadi orang yang baik? Apakah jika kita berbohong atau tidak menepati janji lantas menjadikan kita sebagai orang yang tidak berakhlak???
Kehidupan manusia tidak boleh lari dari nilai akhlak dan etika. Setiap perbuatan tidak akan terlepas daripada nilai baik mahupun buruk serta dosa dan pahala.
Etika dan nilai yang lahir daripada diri seseorang menjadi ukuran baik atau buruknya seseorang individu. Bahkan bagi mereka yang tidak berpegang kepada mana-mana agama menjadikan akhlak dan etika sebagai piawai bagi balasan yang bakal mereka terima di akhirat kelak.
Manusia dan akhlak atau moral merupakan dua entitipenting yang membentuk kemanusiaan dan menentukan eksistensinya, sama ada dihormati atau dihina.Manusia tanpa akhlak tidak akan menjadi manusia yang manusiawi. Walaupun manusia mungkin boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga mungkin boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, boleh hidup tanpa wang dan harta, boleh hidup tanpa pasangan tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa atau dipisahkan daripada akhlak dan moral.Sememangnya diakui, moral yang baik seperti keadilan, kebenaran, keberanian, kejujuran, dan ketaatan tetap mendapat sanjungan. Manakala kepalsuan, ketidakadilan, kezaliman, dan pemungkiran janji tetap tidak boleh diterima walau di mana-mana pun manusia itu berada. Demikian juga keadaannya dalam hal kriteria baik buruk tingkah laku kolektif masyarakat.Ukuran-ukuran moral manusia pada hakikatnya adalah universal dan telah diketahui benar oleh manusia sepanjang masa. Baik dan buruk bukan rekaan yang harus dicari-cari. Semua itu adalah realiti yang cukup dikenal dan difahami oleh semua orang.
Jika nilai moral atau akhlak dikatakan sebagai bersifat universal, lantas timbullah persoalan-persoalan yangantaranya; Mengapa masih terdapat juga konflik tingkah laku sesama manusia?, Mengapa muncul falsafah-falsafah moral yang sedemikian banyak dan berbeza antara satu sama lain?, Apakah yang mendasari perbezaan-perbezaan itu?, Apa pula keunikan akhlak Islam di tengah-tengah sistem etika yang ada?, Atas dasar apakah Islam dikatakan mempunyai sistem moral yang sempurna?, Apakah sebenarnya sumbangan Islam dalam bidang etika manusia?
Dalam menjawab persoalan-persoalan tersebut menurut al-Maududi 1967) sebab-sebab utamanya antara lain ialah:
i- Sistem moral ciptaan manusia gagal mengintegrasikan pelbagai perkara makruf atau nilai-nilai kebaikan dan norma-norma akhlak dalam menetapkan konsep dan aplikasinya untuk kehidupan.
ii-Perbezaan juga berpunca pada kriteria asas bagi menilai perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Demikian juga terdapat perbezaan pada menentukan faktor-faktor yang mendorong sesuatu perbuatan dilakukan.
iii- Perkara lain yang tidak kurang pentingnya menjadipenyebab perbezaan ialah terdapat pelbagaipandangan semesta atau world view tentang peranan dan hakikat manusia, tujuan hidup, hakikat ketuhanan dan alam.
Apakah Pandangan Barat tentang Moral Manusia????
Menurut Thomas Hobbes (1588-1679), iaitu seorang ahli falsafah Barat abad ke 16M dan penganut fahaman hedonisme atau epicureanisme mengatakan bahawa semua perbuatan manusia bertujuan untuk mendapatkan kenikmatan dan keinginan berseronok serta menjadi motivasi utama yang mendorong manusia melakukan sesuatu perbuatan.
Hobbes juga berpendapat bahawa yang dinamakan baik itu apabila memenuhi kehendak nafsu manusia. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan kepercayaan-kepercayaan agama atau metafizik Setiap kebaikan mesti dikaitkan dengan kehendak seseorang. Berdasarkan pandangan beliau ini,Hobbes juga dikenal sebagai ahli falsafah moral subjektivisme.
Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804) yang lahir di Königsberg, Prussia berpendapat bahawa setiap perbuatan manusia yang dikatakan bermoral ialah apabila bertujuan untuk menunaikan
suatu tugas demi tugas itu sendiri.
Baginya melakukan perbuatan sebagai tugas termasukdalam amalan moral semua manusia yang menjadikan rasional akal sebagai asas moral manusia. Menurut Kant, kebaikan sesuatu perbuatan dinilai berdasarkan pada hukum atau norma-norma moral atau nilai-nilai universal bukan pada akibat atau kesan perbuatan. Falsafah etika Kant digolongkan dalam Etika Deontologi.
Sebenarnya terdapat bermacam-macam falsafah moral yang menjadi pegangan masyarakat Barat. Tetapi umumnya kerana pengaruh ajaran sekularisme, mereka mengenepikan kepercayaan kepada Tuhan dan hari akhirat sebagai sebahagian daripada kod etika mereka dalam aktiviti-aktiviti sosial. Mereka lebih cenderung membataskan ajaran agama pada kehidupan peribadi semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kehidupan sosial.
Falsafah moral Barat boleh dikategorikan kepada dua asas.Pertama, sistem falsafah moral yang berasaskan sekularisme yang membataskan aplikasi nilai moral pada urusan individu sahaja.Kedua, sistem falsafah moral yang menolak kepercayaan agama dan hari akhirat.
AKHLAK (MORAL) dari sudut ISLAM
Dari segi istilah menurut Ibn Miskawayh (1030M), akhlak ialah keadaan kejiwaan seseorang yang mendorongnya melakukan suautu perbuatan atau tingkah laku tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. Perkataan lain yang sering digunakan dengan erti akhlak ialah etika dan moral. Etika berasal daripadakata Greek ethos.
Perkataan etika dan moral dalam bahasa Inggeris selalu berlaku tukar ganti penggunaannya. Etika adalah falsafah moral itu sendiri, iaitu suatu disiplin ilmu falsafah yang membincangkan hakikat perbuatan baik dan buruk, benar atau salah dan merangkumi pembahasan tentang sistem, teori, prinsip, dan nilai-nilai moral.
Dewasa ini, perkataan etika lebih sering digunakan bagi menggantikan perkataan moral yang berarti perbuatan yang mengikut piawai tingkah laku yang baik. Jika ditinjau dari segi perbezaan ketiga-tiga perkataan akhlak, etika, dan moral, didapati bahawa akhlak lebih menumpukan kepada aspek kejiwaan berbanding aspek luaran yang dilihat sebagai bukti mencerminkan gambaran hati seseorang. Manakala moral atau etika melihat tingkah-laku luaran sebagai aspek perbincangan atau kajian. Kemudian akhlak juga lebih menggunakan autoriti wahyu sebagai neraca atau sumber nilai di samping akal rasional sementara moral dan etika banyak berpandukan kepada rasional akal semata-mata.
Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.
Menurut Dwight M. Donaldson di dalam bukunya Studies in Muslim Ethics, terdapat beberapa konsep umum tentang etika dan moral yang digariskan oleh Allah melalui Al Quran iaitu :
1) Duty to Allah : iaitu tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah. hal ini dijelaskan dalam surah Az Zariat ayat 56.
2) Moderation : iaitu konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. sikap melampau (ghullu) dalam takalluf (memberat-beratkan) serta taa'suf (bermudah-mudahkan) kerja kita adalah dilarang. Kita perlu sederhana dan istiqamah (berterusan) dalam beretika dan menjalankan kerja dengan baik. Islam bukannya agama yang memaksa dan menekan. Sifat 'sawwabit' ( pillar atau teras) adalah disertakan juga sifat 'mutaghaiyyirat' (akomondatif atau anjal) dalam pelaksanaan syariat. Jadi contohilah syariat dalam budaya kerja kita.
3) Forgiveness : Segala kesalahan di dalam Islam ada pengampunannya. Seperti juga kesalahan dalam berorganisasi, juga perlu mengikuti procedur syarikat untuk mendapat kemaafan. Allah Maha pengampun dan Maha mendengar rintihan hambanya. Begitu juga sikap yang perlu ada pada setiap pengurus manusia yang juga terlibat dalam hal permasalahan sikap dan etika pekerjanya. Walaubagaimanapun bukan semua kesalahan mudah untuk dimaafkan dan diberi keampunan seperti dosa syirik. Dalam syarikat kesalahan membocor rahsia organisasi adalah kesalahan terbesar dan boleh dibuang pekerja berkenaan.
4) Retaliation : Iaitu konsep pembalasan. Bezanya Islam dan sekular adalah kepercayaan kepada hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perilaku kita menyebabkan kita akan selalu berjaga-jaga dalam segala urusan. Sekular mengajar manusia melihat dunia dan kemewahan sebagai matlamat. Sekiranya hilang matlamat pembalasan, manusia mula menjadi rakus dan tidak peka dengan nilai moral.
5) Limited Liability : Ini adalah konsep had pertanggungjawaban. Setiap manusia adalah dipertanggungjawabkan kesalahannya sahaja. Manusia tidak mewarisi kesalahan nenek moyang. Mereka tidak akan ditanya tentang kesilapan orang lain. hal ini menfikan sikap sesetengah manusia yangs ering mengaitkan kepincangan individu terhadap latar belakang sosialnya yang mungkin buruk.
6) Rewards : Iaitu pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom yang halus. Hal ini diceritakan dalam surah Al Zilzal (kegoncangan). Nilai anugerah dan pengiktirafan terhadap jasa dan kebaikan individu perlu ada pada setiap pengurus sumber manusia. Inilah yang mengharmoniskan hubungan majikan dan pekerja.
Selepas meneliti nilai moral di dalam Al Quran mari kita 'refresh' kembali pemahaman kita tentang etika menurut Islam. Moral dan etika dalam Islam dibawa pemahaman daripada perkataan akhlak. Akhlak adalah kata jamak (plural) kepada khuluq yang bermaksud tabiat, adab, maruah dan tingkah laku yang baik. Sifat baik di dalam Islam ada yang dinyatakan secara 'direct' dan ada yang diserta dalam ayat-ayat tertentu dan sunnah Nabi SAW. Di antara ayat yang secara langsung menjelaskan terminologi moral adalah:
1) "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa". (Al Baqarah ; 177)
2) "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya" .( Baqarah 83)
3) "Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati". (Al Isra' : 28)
4) "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan". (Al Isra' : 29)
5) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (An Nisa' : 58)
6) " Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu". ( Al Hashr : 10)
7) Nabi bersabda " ;;;;;seseorang yang diberikan gaji kerana sesuatu tugas, kemudian diambil lagi sesuatu daripada sumber (diatas nama jawatannya) maka dikira sesuatu penipuan (rasuah): Hadis Riwayat Abu Daud.
8) "Janganlah kamu memakan harta kamu diantara kamu dengan cara yang batil.."( An NIsa' : 29)
Daripada ayat-ayat dan hadis diatas, beberapa intipati akhlak dan moral dapat diekstrakkan. Sikap sederhana dinyatakan dalam dalil ke 4, sikap rasuah dalam dalil ke 7 sikap taat dan setia dengan organisasi yang menjadi tempat kerja kita dinyatakan dalam dalil ke 2. Nilai menghargai hak asasi manusia lain pula dinyatakan dalam dalil pertama sekali.
Profesionalisme dalam Islam.
Dalam pekerjaan profesional seperti Doktor, jurutera serta peguam, mereka mempunyai kod profesional mereka sendiri. Keadaan pengajian mereka yang sukar, memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari serta bidang mereka yang menjadi pautan dan dahan pergantungan masyarakat menyebabkan mereka diiktiraf sebagai profesional. Namun begitu, Islam turut menggariskan nilai profesional (ulul Albab) melalui syariatnya secara tidak langsung iaitu :
1) Memiliki keyakinan diri dengan kemampuna yang ada dan bersikap terbuka menyemak dan menghargai pendapat orang lain dan memilihnya yang terbaik.
2) Memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisa masalah, peka melihat situasi, cepat, tepat dan menghalusi dalam mengambil sesuatu keputusan.
3) Borerientasikan masa hadapan sehingga mampu menguasai perkembangan sekitarnya.
4) Mempunyai ketrampilan di dalam sesuatu bidang dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan tugasnya.
Secara kesimpulannya sebagai penganut Islam yang menceburkan diri dalam bidang profesional atau bekerja dalam apa-apa lapangan sekalipun, jangan lah kita melupakan nilai vertikal yang menjadi sumber motivasi primer iaitu wahyu dan ketuhanan. Inilah nilai yang membezakan generasi rabbani yang progressif dengan generasi yang sekular progressif. Islam tidak mengenepikan elemen hadhariyy (pembangunan) serta progressif (berpenghasilan) dalam tindakan. Tetapi Islam mengikat golongan ilmuan dengan nilai kekuatanNya hanya kerana kedangkalan akal dan pemikiran kita yang terbatas. hal ini dijelaskan dalam Surah Al Fatir ( ayat 27-28).
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;" (27)
"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun".(28).
Sekian...

0 comments:
Post a Comment